HEBAT AMAL HEBAT JIWA | GOOD DEED GOOD SOUL

Bersama memupuk
budaya ihsan
Malaysia

Menyatukan komuniti melalui kesukarelawanan, kemanusiaan, dan nilai ihsan sejagat sejak 2022.

Berdaftar ROS
1,200+ Sukarelawan
Seluruh Malaysia
Sukarelawan Jiwa Amal Malaysia bersama komuniti
Sukarelawan Aktif
1,200+
85 Program Dijalankan
0
Sukarelawan
0
Program dijalankan
0
Penerima manfaat
0
Tahun berkhidmat

Pertubuhan Jiwa Amal Malaysia

JIWA dibangunkan untuk membentuk komuniti madani agar cakna tentang usaha-usaha kemanusiaan dan kesukarelawanan dengan berkongsi nilai ihsan yang sama serta membela hak-hak kemanusiaan sejagat melalui bantuan kemanusiaan, pembangunan kemahiran belia serta sosio-ekonomi, kesedaran sosial, pendidikan, kesihatan, kerohanian, mental dan pengupayaan golongan B40 untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

"Hebat Amal Hebat Jiwa"

Kami memperjuangkan nilai ihsan dan hak kemanusiaan sejagat melalui program komuniti, bantuan kecemasan, dan pendidikan — kerana setiap insan berhak diperlakukan dengan maruah.

Kenali kami lebih lanjut
Pasukan Jiwa Amal Malaysia

Tentang Jiwa | About JIWA

Tonton video ringkas untuk kenali perjuangan dan misi Pertubuhan Jiwa Amal Malaysia.

Apa yang kami perjuangkan

J

JAGA

Menjaga kebajikan sosial golongan B40 yang memerlukan.

I

IHSAN

Meningkatkan nilai belas kasihan komuniti tanpa prejudis.

W

WIRA

Mewujudkan wira dalam dunia kemanusiaan dalam kalangan komuniti.

A

AMAL

Memperluas jaringan kebajikan amal yang konsisten dan holistik.

Tiga teras JIWA

Ihsan

Berbuat baik bukan kerana balasan, tetapi kerana ia benar dan mulia di sisi Allah dan sesama manusia.

Kemanusiaan

Membela hak dan maruah setiap insan tanpa mengira latar belakang, bangsa, atau agama.

Kesukarelawanan

Bergerak bersama komuniti untuk impak yang lebih bermakna — kerana perubahan bermula dari tindakan kita.

Momen bermakna bersama komuniti

Sukarelawan JIWA bersama komuniti
Sukarelawan bersama komuniti
Sukarelawan JIWA program komuniti
Program komuniti bersama rakyat
Aktiviti lapangan JIWA
Aktiviti lapangan JIWA
Pasukan JIWA beraksi
Pasukan JIWA beraksi
Momen impak JIWA
Momen impak JIWA
Program kebajikan JIWA
Program kebajikan JIWA

Kami menyokong usaha SDG

JIWA komited menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui program dan inisiatif kami.

1

Tiada Kemiskinan

2

Kelaparan Sifar

4

Pendidikan Berkualiti

8

Pekerjaan Sesuai & Pertumbuhan Ekonomi

10

Mengurangkan Ketidaksamaan

13

Tindakan Iklim

Apa yang kami lakukan

Projek Jiwa Jumaat
Kebajikan

Projek Jiwa Jumaat

Program mingguan agihan makanan dan keperluan asas kepada golongan memerlukan setiap hari Jumaat.

Projek Komuniti Kita
Kebajikan

Projek Komuniti Kita

Program mingguan bersama komuniti setempat — gotong-royong, khidmat masyarakat, dan santai bersama warga.

Projek Usratuna
Pendidikan

Projek Usratuna

Program mingguan kekeluargaan — bimbingan kerohanian, motivasi, dan sokongan moral untuk komuniti.

Projek Tunawicara
OKU

Projek Tunawicara

Kursus Bahasa Isyarat peringkat 1 & 2 untuk komuniti pekak di Lembah Klang.

Projek Soonut
Pendidikan

Projek Soonut

Program tahunan pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah untuk remaja dan belia.

Projek Suka-Rewang
Kebajikan

Projek Suka-Rewang

Program tahunan gotong-royong dan sukarelawan merentas komuniti sempena hari kebangsaan.

Masih Hidupkah Esok?
Kesihatan

Masih Hidupkah Esok?

Program kesedaran kesihatan mental, pencegahan bunuh diri, dan sokongan psikososial untuk komuniti.

Projek Potluck Ad-Deen
Pendidikan

Projek Potluck Ad-Deen

Program tahunan perkongsian ilmu dan tarbiah secara santai dalam suasana kekeluargaan.

Projek Jiwa Ramadan
Kebajikan

Projek Jiwa Ramadan

Program tahunan sepanjang Ramadan — iftar, moreh, bantuan makanan, dan sumbangan hari raya.

Projek Jiwa Qurban
Kebajikan

Projek Jiwa Qurban

Program tahunan ibadah qurban — agihan daging kepada asnaf dan komuniti memerlukan.

Sembako Food Aid
Kebajikan

Sembako Food Aid

Bantuan keperluan asas dan barangan dapur untuk keluarga B40 dan mangsa bencana.

Tabung Jiwa Banjir
Kebajikan

Tabung Jiwa Banjir

Bantuan kecemasan dan pemulihan pasca-banjir untuk mangsa bencana alam di seluruh Malaysia.

Tabung Jiwa Palestin
Kebajikan

Tabung Jiwa Palestin

Bantuan kemanusiaan dan perubatan untuk rakyat Palestin yang terjejas akibat konflik.

Tabung Jiwa Syria
Kebajikan

Tabung Jiwa Syria

Bantuan kemanusiaan dan makanan untuk mangsa konflik di Syria.

Bantu mereka yang memerlukan

Qurban Thailand 2026
RM 38,200 / RM 50,000 · 76%
Tabung Jiwa Jumaat 2026
RM 18,400 / RM 30,000 · 61%
Sedekah Subuh 2026
RM 7,200 / RM 15,000 · 48%

Acara akan datang

Portal Ahli

Jadilah sukarelawan JIWA

01

Daftar

Isi borang pendaftaran ringkas dan pilih bidang minat anda.

02

Orientasi

Hadiri sesi orientasi untuk kenali nilai dan cara kerja JIWA.

03

Bergerak

Sertai program dan buat impak bersama komuniti JIWA.

Ikuti perkembangan JIWA

dJiwa

Teknologi untuk komuniti — alat percuma untuk komuniti, masjid, dan pengguna awam.

Live

QRMasjid

Direktori QR DuitNow masjid & surau seluruh Malaysia — mudah cari, mudah derma, mudah kongsi.

Masjid & Surau QR DuitNow
Lawati QRMasjid
Akan Datang

Dermawan

Platform kempen derma yang telus dan mudah — cipta kempen, jejak impak, dan hubungkan penderma dengan penerima.

Kempen Derma Jejak Impak
Segera Hadir
Akan Datang

SemakUmrah

Alat semak pakej umrah & haji — elak scam, bandingkan agen, dan pastikan perjalanan anda selamat dan sah.

Umrah & Haji Anti-Scam
Segera Hadir
RAKAN KONGSI & SOKONGAN